Di antara faedah ilmu dari Syaikh Kholid az-Zhafiri dalam muhadharah bertajuk
“Penjelasan tentang Rukun Islam”
Dalam Daurah Ilmiah “Miratsul Anbiya” ke-10 tahun 1435 H / 2014 M
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(Berbahasa Malaysia)
- Islam
Islam bermaksud berserah diri kepada Allah dengan Tauhid, dengan kalimah syahadah, beribadah hanya kepada Allah.
Serta berlepas diri dari segala kesyirikkan dan sentiasa bertakwa kepada Allah. Seperti mana firman Allah, “Katakanlah solatku, sembelihanku, hidup dan matiku hanya untuk Allah”.
Agama Islam adalah agama seluruh para Nabi sejak yang pertama hinggalah yang terakhir.
- Syahadah (Tauhid)
Kalimah Lailahaillallah adalah kalimat yang paling agung, yang paling lurus dan juga merupakan kalimah Tauhid (meng-esakan Allah satu-satunya).
Kalimah ini menjauhkan kita dari kesyirikkan. Syirik adalah lawan bagi Tauhid. Syirik merupakan dosa terbesar yang tidak akan diampunkan oleh Allah, apabila seseorang itu meninggal dan dia belum sempat bertaubat ke atas dosa syirik yang pernah dia lakukan. Allah berhak mengampuni setiap dosa hambaNya kecuali dosa syirik. Yang dimaksudkan dengan syirik adalah melakukan atau meletakkan ibadah kepada selain Allah. Allah telah haramkan jannah dari mereka.
Perbuatan bersumpah dengan nama selain Allah, akan menyebakan seseorang terjatuh ke dalam kesyirikkan.
Kalimah Muhammadurrasulullah bermaksud mentaati baginda yang merupakan pesuruh Allah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh baginda dengan segala ketaatan kepada Allah.
Semua yang disampaikan oleh Rasulullah itu maka ambillah dan apa yang dilarang oleh Rasulullah itu maka tinggalkanlah.
Apa yang datang dari Al-Qur’an itu maka ambillah dan juga semua yang datang dari Sunnah (Hadits yang sah) maka ambillah. Kita tidak boleh hanya mengambil Al-Qur’an, dan menolak Hadits.
Rasulullah berkata baginda diberikan wahyu dari Allah dengan Al-Qur’an, dan baginda diberi wahyu yang sama dengan Al-Qur’an, iaitu Hadits.
Oleh itu, kita tidak boleh menolak sebarang hadits jika telah sah kedudukannya datang dari Rasulullah. Kerana kedua-duanya adalah wahyu dari Allah.
- Solat
Rasulullah mengingatkan umat tentang solat selepas kalimah tauhid. Ini menunjukkan kepentingan ibadah solat itu paling utama setelah bertauhid.
Antara ciri-ciri orang munafik adalah orang yang menyia-nyiakan solat.
Kena membiasakan diri solat berjemaah di masjid.
Antara solat dengan solat yang lainnya adalah kafarah penghapus dosa selagi ianya bukan dosa besar.
Rasulullah ditanya apa amalan yang paling mulia, Rasulullah menjawab solat pada waktunya.
Rasulullah menggambarkan solat itu seperti orang yang datang ke sungai dan mandi. Satu hari dia mandi 5 kali, pasti sudah tidak ada kotoran yang tersisa. Begitu juga dengan solat, menghapuskan segala dosa-dosanya.
- Zakat
Zakat dikeluarkan dari jiwa yang bersih.
Allah dan Rasulullah telah memerintahkan kita untuk mengeluarkan sedekah dan zakat dari harta yang telah Allah anugerahkan kepada kita, sebagai pensuci dosa.
- Puasa Ramadhan
Puasa di bulan Ramadhan antara amalan yang besar pahalanya. Allah berjanji akan memberikan pahala yang khusus kepada orang yang berpuasa, yang tidak ada seorang pon mengetahui bentuk ganjaran tersebut.
Ianya juga sebagai penghapus dosa dari satu Ramadhan dengan Ramadhan yang lain.
- Haji
Haji adalah ibadah di tanah haram yang dituntut oleh agama hanya sekali seumur hidup, jika mampu.
Rasulullah menyatakan, sesiapa yang berbuat haji, tidak membuat keji, tidak membuat fasiq, dia pulang ke kampung halamannya, dia umpama manusia yang baru dilahirkan oleh ibunya.
Ianya juga sebagai penghapus dosa dan dijanjikan syurga.
oleh Taufiq Malaysia
————
WhatsApp Miratsul Anbiya Indonesia